Jumlah keanggotaan seramai 1,590 orang dimana 100% terdiri dari Bumiputra. KMBB ini sedang giat melaksanakan Kempen Keanggotaan bagi tujuan untuk menambah keahlian ke seluruh kawasan operasinya di sekitar Sungai Udang, Alor Gajah, Tanjung Bidara, Lubuk China, Kuala Linggi dan Masjid Tanah.
Sasaran utama Kempen Keanggotaan ini adalah dari golongan muda. Dengan kehadiran golongan muda ini KMBB yakin bertambah maju dan mampu berdaya saing mengikut peredaran masa kerana anggotanya berteknologi dan menjadi pelapis kepada kepimpinan KMBB.
Keanggotaan KMBB meliputi seluruh kawasan Melaka Barat iaitu Masjid Tanah, Sungai Udang, Alor Gajah, Tanjung Bidara, Lubuk China dan Kuala Linggi.
No comments:
Post a Comment