Sunday, 5 July 2015

MESYUARAT

MESYURAT AGUNG KE 40:

Mesyuarat Agung KMBB Ke 40 telah diadakan pada 2 Jun 2016 (Khamis), jam 2.00 petang bertempat di Dewan Perpustakaan Awam, Masjid Tanah, Melaka.

Mesyuarat ini dihadiri seramai 120 orang.  Perasmian Mesyuarat ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Sulaiman Bin Md Ali, DUN Lendu merangkap Timbalan Exco Perindustrian dan Pelaburan Kerajaan Negeri Melaka.

Seramai empat Anggota Lembaga Koperasi akan tamat tempoh mengikut giliran telah dilantik semula, mereka ialah:

  • Tuan Haji Abd Jabar Bin Datuk Tamby Chik;
  • Tuan Haji Ishak Bin Ejang;
  • Tuan Haji Latiff Bin Yusop; dan
  • Tuan Haji Mohamad Bin Yunus.



Anggota KMBB sedang mengikuti AGM38 

Kelihatan Anggota KMBB di Majlis Perasmian AGM38
MESYUARAT ALK:

Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang pertama telah diadakan pada 4 Julai 2015. Mesyuarat ini mengkaji, membincang, menimbang dan memutuskan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung dan menentukan tindakan-tindakan yang wajar diambil.









KURSUS

KURSUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
(WAJIB 1):

Program ini adalah khusus untuk anggota Lembaga yang baru dipilih menjadi Lembaga dalam mesyuarat agung koperasi terdekat. Lembaga diberi tempoh 10 bulan untuk mengikuti program ini. Program ini penting untuk membolehkan Lembaga memahami konsep koperasi serta mengenal pasti peranan dan tanggungjawab mereka. Sehubungan itu kursus ini akan membolehkan Anggota Lembaga mentadbir dan mengurus koperasi mengikut kehendak undang-undang dan falsafah koperasi serta mempraktikkan tadbir urus koperasi yang baik. Program ini turut diselaras oleh pegawai pengembangan SKM bagi mengenalpasti peserta yang terlibat sementara MKM akan memberi kerjasama dengan memberi pembiayaan, menyediakan penceramah dan nota yang berkaitan.

Berdasarkan kepada persekitaran operasi koperasi, Ahli Lembaga Koperasi (ALK) memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang. Keperluan kepada ilmu pengetahuan ini telah diberi penekanan oleh Akta Koperasi 1993 yang menetapkan kuasa dan tanggungjawab Lembaga yang pada umumnya berkuasa untuk mengurus dan mengawasi sumber dan aset koperasi dengan cekap dan berkesan.


Dalam melaksanakan hal ehwal sesuatu koperasi, ALK dikehendaki berhemat dan bertekun seperti ahli-ahli perniagaan yang biasa dan hendaklah bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh sebab kegagalan mereka berhemat dan bertekun itu seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 45(1) Akta Koperasi 1993.


Justeru itu , ALK dikehendaki untuk hadir kursus Wajib 1 ini (Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi) seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia di bawah Garis Panduan 5 bagi meningkatkan kompetensi dan tadbir urus koperasi.  Kursus ini hendaklah diikuti dalam tempoh lantikan selepas seseorang itu dilantik sebagai ALK.


Kursus ini telah diadakan selama dua hari iaitu 27 - 28 Julai 2015 bertempat di Maktab          Koperasi Malaysia, Petaling Jaya.  Puan Hjh Siti Zabedah Bte Ahmad telah mengikuti     


Kursus berkenaan, ALK yang baru dipilih oleh Mesyuarat Agung KMBB baru-baru ini telah   mengikuti Kursus berkenaan.

Acara Penyampaian Sijil Kepada
Hjh Siti Zabedah Bte Ahmad
Peserta Kursus Pengurusan dan Pentadbiran (Wajib 1)
bersama dengan para penceramah